Resepi Ayam Goreng Mamak

Bagi anda penggemar restoran mamak pasti pernah rasa kan ayam goreng dia. Rasa dia lain sikit dari ayam goreng biasa kita makan tu. Di sebabkan sekarang susah nak pergi mamak, jom kita buat sendiri je ayam goreng mamak ini. Resepi ayam goreng mamak ini dikongsikan oleh Puan Juliana Abu Bakar di Facebook beliau. Tengokkan pada gambar pun sudah tambah selera. Inikan pula cuba buat dan makan. Fuhhhhh..

Bahan-Bahan

Bahan A (kisar)

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Rempah kari 2 sudu
  • Cili boh 1 sudu
  • Lada sulah 1 sudu
  • 1 biji telur
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Garam

Bahan B

  • 6 sudu tepung jagung
  • 6 sudu tepung beras
  • 2 tangkai daun kari
  • Ayam 1 ekor

Cara-Cara

  1. Campur Bahan A & Bahan B.
  2. Perap sejam atau lebih.
  3. Kemudian goreng.
  4. Siap untuk dihidang

Simple kan? hahaha. Nak sedap lagi makan dengan maggi goreng mamak yang kami kongsikan sebelum ini.
Jadi apa tunggu lagi guys. Jom buat resepi ayam goreng mamak ini dirumah anda. Nanti mamak dah boleh tutup kedai sebab rahsua ayam goreng mamak dia dah diketahui oleh semua orang.

One thought on “Resepi Ayam Goreng Mamak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *