Resepi ayam kam heong ini kalau sekali pandang macam ayam masak kicap je sebenarnya. Namun ia lebih pekat dan lebih pedas berbanding dengan ayam masak kicap. Kebiasaanya anda dapat jumpa hidangan ini di restoran-restoran Chinese Muslim. Cara buat ayam kam heong ini simple sahaja. Nak lebih kurang dengan masakan ayam yang lain. Berikut kami tunjukkan resepi ayam kam heong simple. Selamat mencuba!
Bahan-bahan Ayam Kam Heong
- 1/2 ekor ayam yang sudah diperap dengan kunyit
- 2 biji bawang besar di potong dadu
- 3 ulas bawang putih
- 3 tangkai daun kari (ini wajib ada)
- 10 tangkai cili padi di belah dua
- 2 sudu rempak kari yang telah dibancuh
- 2-3 sudu sos tiram
- 2-3 sudu sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
Cara masak ayam kam heong
- Goreng ayam sehingga kekuningan. Ketepikan sekejap.
- Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan culi padi sehingga naik bau dan kekuningan.
- Daun kari ini akan mewanginakn masakan anda.
- Masukkan rempah kari sehingga masak dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap.
- Bila semua dah sebati, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
- Gaul sebati dan siap.
- Hidangkan dengan nasi panas-panas.
Senang kan cara masak ayam kam heong ni. Nak sama je cara untuk masak ayam kicap atau ayam masak merah. Jika anda nak buat kelainan sikit, boleh tukarkan ayam kepada udang, ketam atau sotong.
Jadi apa tunggu lagi, buatlah sekarang resepi ayam kam heong simple ini dirumah anda. Selamat mencuba!