Resepi Ayam Halia

Terdapat aneka resepi ayam yang telah kami kongiskan sebelum ini. Resepi ayam halia ini wajib juga anda tambahkan di dalam koleksi resepi tuan puan ye. Kebanyakkan hidangan berasaskan ayam ini amatlah simple. Kebiasaanya ayam akan di goreng terlebih dahulu kemudian di gaul atau di masak berdasarkan masakan masing-masing. Untuk ayam masak halia ini, cara-caranya juga akan sama dengan cara masak ayam merah yang telah kami kongsikan sebelum ini.

Okay jom kita lihat bahan-bahan dan cara masak ayam halia ini.

Bahan-bahan

  • Ayam (7-8 ketul)
  • 1/2 – 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 inci halia (hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • Cili merah (dipotong kasar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • Air secukupnya
  • Minyak masak

Cara-Cara

  1. Letakkan garam halus bersama seruk barang kunyit, gaul sebati.
  2. Panaskan minyak secukupnya.
  3. Goreng ayam sehingga masak. Jangan terlalu garing.
  4. Angkat dan ketepikan terlebih dahulu ayam apabila masak
  5. Tumiskan halia bersama bawang putih sehingga naik bau
  6. Masukkan air.
  7. Kemudian masukkan sos tiram bersama kicap lemak manis
  8. Masukkan sedikit lada putih
  9. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi
  10. Tutupkan sekejap kuali
  11. Masukkan hirisan bawang besar dan cili. Kacau rata.
  12. Masukkan perasa sekiranya perlu
  13. Untuk kepekatan kuah, bancuhkan tepung jagung.
  14. Masukkan bancuhan air tepung jagung tadi dan kacau rata buat sementara waktu ( jangan lama sangat. biasanya kuah akan cepat pekat.
  15. Siap dan hidangkan.

Senang kan cara masak ayam halia ni. Jadi cubalah buat dirumah anda. Bagi anda yang mencari aneka resepi ayam boleh cuba lihat di link dibawah yang kami sediakan ini. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *