Resepi Ayam Ungkep Jawa

Resepi ayam ungkep ini sekali pandang macam masakan melayu ayam rendang sahaja. Dengan kepekatan kuahnya dan aromanya nak macam sama dah. Tapi tahukah anda hidangan ini asalnya dari Jawa dan biasanya banyak dimasak di negeri-negeri selatan seperti Johor. Masakan ayam ungkep ini amat mudah dan bahan-bahanya juga mudah untuk didapatkan. Rasanya sungguh lazat dan hampir menyamai masakan rendang tradisional kita. Jom kita lihat bahan dan cara buat ayam ungkep jawa simple ini. Lets Go!

Bahan-bahan

  • 1kg ayam – potong 10-12 (agak-agak je)
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1-2 cawan air
  • 1-2 keping asam keping
  • Sedikit minyak

Bahan-Bahan untuk dikisar

  • Lebih kurang 2-3cm halia
  • ︎Lebih kurang 3cm kunyit hidup︎
  • 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • ︎10-12 biji bawang merah
  • ︎5-6 ulas bawang putih
  • ︎1 sudu kecil biji ketumbar
  • ︎1 sudu kecil jintan manis
  • ︎1 sudu kecil jintan putih

Cara Masak Ayam Ungkep

  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Tumis serai yang diketuk sehingga naik bau.
  3. Apabila dah naik bau, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
  4. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut dan masak.
  6. Tambah air sedikit-sedikit. Kacau sekali sekala unutk memastikan ayam tak hangus dan hancur
  7. Perasakan sedikit dengan gara, gula dan perasa pilihan.
  8. Masak sehingga kuah kering dan ayam empuk
  9. Jika anda gemar kuah banyak, tak perlu masak sampai kering.
  10. Angkar dan hidangkan bersama nasi panas.

Senang kan masak ayam ungkep ini. Cara-caranya nak sama sahaja dengan masak rendang ayam. Jadi anda bolehlah mencuba untuk membuat variasi masakan resepi masakan ayam anda.

Sebelum ini kami ada kongsikan resepi masakan ayam kam heong kepada anda. Jangan lupa cuba buat tau!

Anda juga boleh cuba cek resepi ayam ungkep dari video Che Nom di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *