Kek Marble ini boleh la Tuan Puan buat untuk hidangan petang-petang bersama keluarga. Kelembutan kek marble ini menjadikan ia digemari oleh semua peringkat umur. Kalau pergi Tesco pasti ada di bahagian Bakery kek marble. Sedap juga yang dimasak fresh dari mereka ini. Tapi anda juga boleh buat sendiri tau ke marble ini. Jom kita lihat resepi kek marble yang dikongsikan oleh Sis Damia di channel YoutTube beliau. Banyak juga resepi-resepi sedap di channel beliau. Anda boleh lihat channel beliau di link sini.
Jom kita lihat bahan-bahan dan cara pembuatan resepi kek marble dengan menggunakan 6 bahan sahaja. Lets go!
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/2 cawan marjerin/mentega
- 4 biji Telur Gred B
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 2 sudu besar serbuk koko
- Manik mutiara-optional
Cara Penyediaan Kek Marble Simple
- Boleh menggunakan blender atau mixer
- Masukkan susu pekat manis,marjerin dan blend bagi sebati
- Masukkan telur satu persatu
- Masukkan esen vanila.Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit
- Asing kan adunan dalam 1/3 untuk adunan coklat,2 mangkuk kecil untuk buat corak di atas kek dan boleh masukkan pewarna. Selebihnya adunan kosong
- Sediakan loyang dan alas kan dengan baking paper.
- Masukkan adunan coklat dan adunan kosong secara selang seli dan bertindih untuk dapat kan corak belang. Jika tekstur adunan pekat. Hentakkan sedikit loyang untuk rata kan adunan.
- Bila adunan coklat habis. Tuangkan semua adunan kosong di atas permukaan kek.
- Boleh lukis kan corak atas kek mengikut citarasa.
- Bakar pada suhu 170°c selama 50 minit dan mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Cucuk sikit dengan lidi untuk nak tahu kek dah masak ke belum.kalau masih basah,tambahkan masa membakar.
- Terbalikkan kek di atas redai dalam 10-15minit.
- Boleh letak kan manik mutiara di atas kek.
Untuk video cara pembuatan resepi kek marble ini anda boleh lihat dibawah.
Kredit : YouTube Sis Damia