Bagi anda yang berada di Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Kedah pasti pernah makan maggi goreng mamak ni. Memang banyak kedai-kedai mamak di negeri-negeri ini. Tambah-tambah berdekatan dengan kawasan tumpuan seperti universiti. Memang jadi port untuk budak-budak universiti lepak la mamak ni. Bagi anda yang selalu pergi mamak pasti pernah order maggi goreng mamak ini.
Buat mereka yang merindui masakan mamak ini, anda boleh buat sendiri di rumah. Jom lihat bahan dan cara untuk buat resepi maggi goreng mamak ini.
Bahan-bahan
- 1 bungkus maggi kari – dicelur.
- 3 biji bawang merah yang dihiris
- 4 cili padi yang telah diketuk @ cili merah besar yang dihiris.
- 1 biji telur
- 2 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar sos cili
- Sayur – sawi
- Ayam goreng (celup dengan tepung goreng bestari & goreng)
Cara Buat Maggi Goreng Mamak
- Tumis bahan hiris hingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili padi @ cili merah hiris.
- Masukkan perencah maggi kari.
- Masukkan sos cili dan kicap pekat.
- Kacau dan masukkan pula maggi.
- Kacau hingga sebati dan masukkan sayur.
- Masukkan pula maggi.
- Kacau sebati kemudian masukkan telur.
- Kacau lagi dan last sekali masukkan ayam goreng yang telah dipotong kecil.
- Tutup api dan sedia dihidang.
Senang kan untuk buat resepi maggi goreng mamak ni. Anda juga boleh lihat videa masakan dari Sheila Rosli di bawah ni jika masih ragu-ragu untuk masak maggi goreng mamak ni.
Kami harap dengan perkongsian resepi maggi goreng mamak ni dapatlah sedikit sebanyak mengubat kerinduan masakan air tangan mamak ini 😊. Kalau anda nak tukarkan kepada mee pun sama sahaja stepnya. Just tukar maggi kepada mee dan siap. Jangan lupa perahkan limau di atas maggi baru feel mamak tu ada sikit. Oh lagi satu, buatkan terus teh o ais. Memang boleh pergi jauh nanti.
Selamat Mencuba!