Resepi Nasi Dagang Terengganu

Nasi dagang ini boleh dikira sebagai makanan yang wajib ada bila sarapan di kawasan pantai timur samada Kelantan ataupun Terengganu. Aroma nasi nya yang lembut ditambah pula dengan kuah gulai ikan aya atau tongkol menjadikan ia penyeri pagi bagi kaki sarapan. Bagi anda yang tidak berkesempatan menikmati nasi dagang ini di Terengganu mahupun Kelantan, jangan risau.. Hari ini kami kongsikan resepi nasi dagang Terengganu kepada anda.

Resepi ini dikongsikan pemilik Ctnatrah Che Kamaruddin di laman Facebooknya yang banyak disukai dan dikongsikan. Jom kita cuba resepi beliau.

Bahan- Bahan Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan untuk nasi

  • 1 kg beras wangi
  • 2 cawan santan cair
  • 1 1/2 garam sudu kecil
  • 3 biji bawang merah kecil hiris nipis
  • 1 1/2 halia hiris nipis
  • 1 1/2 sudu halba

Bahan untuk rebusan ikan

  • 1 ekor ikan tongkol/aya
  • 2-3 asam keping
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Bahan untuk kuah

  • 2/3 cawan santan
  • 3 biji bawang besar *diblend
  • 3-4 ulas bawang putih *diblend
  • 1 inci halia * diblend
  • 1 1/2 lengkuas * diblend
  • 1/4 kunyit hidup *diblend
  • 3 sudu lada giling
  • 1/2 gula melaka
  • Rempah gulai cap Bunga Rose
  • Air kukusan ikan
  • Air secukupnya

Bahan untuk Acar Timun

  • Timun
  • Lobak merah (carrot)
  • Cili merah dan bawang
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu cuka

Cara-Cara Memasak Nasi Dagang Terengganu

Kukus Ikan

  1. Masukkan air kedalam periuk. Pastikan paras air dalam separuh ikan sahaja.
  2. Masukan garam kasar dalam segengam.
  3. Letakkan asam keping.
  4. Tutup periuk dan masak dalam api sedeharna.
  5. Jangan bagi air kering sebab nanti air rebusan ikan ni nak guna balik.
  6. Kalau nak sedap kukus lama-lama. Lagi lama lagi sedap.

Kukus Nasi

  1. Basuh bersih siap-siap beras. Kemudian rendam sekali dengan asam keping. Lagi lama rendam lagi lembut.
  2. Panaskan kukusan. Bila air dah mendidih. Tuangkan beras yang dah ditoskan tadi kedalam kukusan .
  3. Tutup kukusan dan kukus sampai wap keluar untuk kukusan yang pertama.
  4. Sediakan 2 cawan santan cair. Boleh letak garam untuk kasi berlemak sedikit. Masukan santan ke nasi tadi.
  5. Gaulkan dan ratakan. Biarkan seketika untuk santan meresap.
  6. Bila dah nampak beras dah lembut, masukkan balik di dalam kukusan. Kukus macam sebelum ini sehingga wap asal keluar (siap kukusan kedua).
  7. Buka penutup kukusan dan masukan bawang merah, halia dan halba ke dalam beras. Biarkan selama lima minit bagi lembut bawang dan halia tersebut.
  8. Dah cukup 5 minit, masukan santan pekat. Pastikan semua rata masa arung tu sampai keluar minyak santan. Bila dah keluar minyak santan, maksudnya santan pekat tadi sudah masak.

Kuah Gulai

  1. Masak santan terlebih dahulu. Kalau pekat boleh campur air sedikit. Step dia sama macam kita masak gulai harian.
  2. Bila santan sudah masak, masukan bahan-bahan yang sudah di blend tadi.
  3. Masukkan lada giling untuk merahkan kuah.
  4. Masukkan gula Melaka separuh (nissan orang Tganu panggi).
  5. Bancuh rempah gulai dengan air buat pes. Boelh guna rempah gulai cap bunga rose. 1 bungkus untuk 1 ekor ikan.
  6. Masukkan ke dalam santan dan kacau biar sebati.
  7. Masukkan juga air kukus ikan ke dalam santan.
  8. Bila sudah sebati dan mengelegak, masukkan garam, gula dan cuba rasa.
  9. Jika tawar masukkan garam lagi.
  10. Masukkan ikan, dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan sampai keluar minyak.
  11. Jika suka pedas, masukan lada sedikit.
  12. Hidangkan.

Acar Timun

  1. Hiris semua bahan secara memanjang
  2. Gaul hingga sebati.

One thought on “Resepi Nasi Dagang Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *