Puding karamel ini kalau bulan puasa je memang popular la. Kebanyakkan kedai-kedai yang jual kuih-muih pasti ada juadah ini. Tahukah anda, resepi puding karamel ini sebenarnya mudah sahaja. Anda juga boleh buat di rumah untuk dihidangkan sebagai dessert. Jom kita lihat bahan dan cara untuk masak resepi puding karamel ini.
Cara buat Puding Karamel
Bahan-bahan untuk puding
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat manis
- 4 biji telur
- 2 suda gula
- Sedikit esen vanilla
Bahan-bahan untuk karamel
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan air
Cara penyedian gula karamel
- Goreng gula sehingga perang. Bila gula bertukar warna, masukkan air.
- Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cari kembali.
- Terus kacau. Apabila sudah pekat, tutup api dan biarkan sejuk.
- Masukkan di dalam loyang, ratakan dan biarkan sejuk.
Cara penyedian puding karamel
- Pecahkan telur dan gaul sebati di dalam mangkuk/besen.
- Jangan gaul sampai berbuih. Hanya gaul sampai pecah kuning sahaja.
- Masukkan susu cair, gula dan esen vanilla. Kacau dengan sebati sampai gula menjadi larut. Tapi jangan sampai berbuih.
- Bila dah sebati, tapiskan adunan masuk dalam loyang yang dah ada karamel sebelum ini.
- Bungkus loyang dengan aluminium foil dan kukus untuk 45 minit atau sampai masak.
- Dah masak nanti boleh biarkan sejuk dan terbalikkan puding atas bekas yang sesuai untuk dihidangkan sejuk.
Boleh juga letak dalam peti selepas masak tu untuk dinikmati sejuk-sejuk.
Senang kan untuk buat resepi ini. Jadi Tuan Puan boleh cuba resepi puding karamel ini dirumah anda. Selamat mencuba!