Umum tahu buah durian dikenali sebagai raja segala buah. Kebanyakkan orang Malaysia menggemari buah ini. Ada juga yang tidak menggemarinya mungkin disebabkan baunya yang kuat atau sebagainya. Kebiasaanya buah durian ini datang bermusim. Bila dah sampai musim dia pasti banyak kedai-kedai dan warung ditepi jalan menjualnya. Bagi anda yang menggemari buah durian, hari ini kami kongsikan resepi pulut durian sedap dan mudah. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara masakan pulut durian ini.
Bahan- Bahan Resepi Pulut Durian
- 2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 30 minit)
- 1 biji kelapa yang telah di mesin
- 1 cawan air panas
- Garam secukup rasa
- Buah durian di ambil isinya
- Gula pasir untuk di tabur jika mahu
Cara Buat Pulut Durian
- Rendam beras pulut selama 30 minit
- Panaskan periuk kukusan, apabila air mendidih, masukkan beras pulut yang telah di toskan tadi dan kukus sehingga masak.
- Untuk santan pula, masukkan kelapa yang telah dimesin tadi ke dalam blender, campurkan satu cawan air panas dan blendkan. Selepas itu tapis kelapa tersebut untuk dapatkan santannya.
- Campurkan santan yang di blend tadi dengan sedikit garam, kacau sebati. Tujuannya supaya santan terasa lemak-lemak masin.
- Untuk menikmati pulut durian pula, masukkan pulut, santan, isi durian ke dalam mangkuk dan taburkan sedikit gula pasir (kalau suka).
- Siap dan boleh dihidangkan.
- 1 biji kelapa yang telah di mesin
- 1 cawan air panas
- Garam secukup rasa
- Buah durian di ambil isinya
- Gula pasir untuk di tabur jika mahu
Bagi kelapa yang telah dimesin dalam resepi pulut durian ini , anda boleh gantikan terus dengan santan segar yang boleh di beli di kedai. Cara atas ini macam manual sikit untuk dapatkan santan.
Kami harap dengan resepi pulut durian yang kami kongsikan ini dapat membantu anda untuk membuatnya di rumah. Selamat mencuba!