Resepi Ikan Singgang versi Kelantan (tiada kunyit)

Resepi ikan singgang merupakan sejenis masakan yang simple. Kita tidak perlu menumis, just rebus. Sebab tu senang nak dapat dan mudah untuk di buat. Lagi satu ia tidak memerlukan santan dan tidak berminyak. Memang sesuai betul resepi ikan singgang untuk mereka yang on diet atau yang mengamalkan pemakanan yang sihat.

Jadi jom kita lihat bahan dan cara pembuatan resepi ikan singgang versi Kelantan ini. Lets go!.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tonggkol
  • 1 biji bawang bombay
  • Lengkuas
  • 4 biji bawang putih
  • Cili padi
  • 4 asam keping
  • Bendi
  • Perasa, gula dan garam
  • Air secukupnya

Cara-cara masak ikan singgang

  1. Panaskan air dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih
  3. Biarkan mendidih lagi. Kemudian masukka ikan, cili padi, asam keping.
  4. Tunggu sehingga ikan masak.
  5. Bila ikan sudah masak, masukkan bendi.
  6. Kemudian masukkan perasa gula dan garam
  7. Tunggu sehingga mendidih dan semua dah masak.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi ikan singgang ini memang senang untuk dibuat dirumah. Tips bagi anda, ikan singgang ni memang sedap dimakan ketika nasi panas. hehehe. Tambah pula di makan dengan budu. Memang tak cukup la nasi nanti.

Beza resepi ikan singgang Kelantan dengan Terengganu ini hanya bahan sahaja. Yang Kelantan tidak menggunakan kunyit seperti di Terengganu. Walaubagaimanapun, dua-dua sedap kalau makan dengan budu dan tempoyak.

Untuk penggunaan ikan pula, kebiasaanya ikan tongkol atau ikan tenggiri digunakan untuk membuat ikan singgang ini. Namun, ianya tidak terhad kepada ikan ini sahaja. Anda boleh je buat guna ikan apa, asalkan sedap.

Kredit : Poyok Budu Channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *