3 Resepi Sup Ayam Simple. Bonus Sup Ayam Special dari Thailand.

Bagi anda yang sudah buntu mencari idea untuk masak apa, apa kata cuba resepi sup ayam ini. Bahan-bahan dan caranya yang mudah ini membolehkan kita rajin masak jap tau. Makan dengan nasi panas confirm menambah la nasi nya.

Untuk yang demam pun sesuai sangat resepi sup ayam ini. Boleh la juga keluarkan peluh bila makannya tu nanti. Plus, dapat la meningkatkan sikit selera makan selepas deman. Jom kita cek bahan-bahan dan cara pembuatan bagi resepi sup ayam ini.

Versi 1- Sup Ayam Jernih

Bahan-bahan

  • 1/2 kg ayam
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sup bunjut
  • 1 biji kentang
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Untuk resepi sup ayam jernih, rebuskan ayam terlebih dahulu.
  2. Buangkan buih-buih hitam yang ada di dalam air rebusan.
  3. Simpan air rebusan tadi untuk digunakan ketika masak kuah sup.
  4. Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dihiris bersama kayu manis.
  5. Masukkan kiub ayam dan air rebusan ayam tadi.
  6. Masukkan sayur-sayuran.
  7. Bila dah lembut sayur-sayuran tadi, masukkan ayam. Biarkan sampai masak.
  8. Bila semua dah sebati, bolehlah hidangkan.

Versi 2 – Sup Ayam Pekat

Bahan-bahan

  • Suku ekor ayam potong kecil-kecil
  • 1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1 kulit kayu manis bunga lawang 3 sekawan
  • 1 biji kentang
  • 1/2 batang carrot
  • 500 gram air
  • Daun saderi
  • Daun sup
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung dicampur air sedikit

Cara-cara

  1. Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan halia
  2. Potong lobak merah, kentang, tomato, daun saderi dan daun sup
  3. Tumis bawang dan rempah
  4. Masukkan air, ayam dan kentang
  5. Masak sehingga empuk
  6. Kemudian, masukan daun saderi, tomato dan daun sup
  7. Masukkan tepung jagung yang dicampur air dan masukkan garam secukup rasa
  8. Tambah cilipadi di ketuk kasar jika ingin sedikit pedas

Versi Bonus – Sup Ayam Thailand (Siam)

Bahan-bahan

  • 1/4 Ayam (potong kecik)
  • Sup bunjut
  • Perencah sup siam adabi
  • 1 ulas bawang kecil & bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • 1 biji Limau nipis
  • 1 biji kentang
  • Bawang Holland 1/2 biji
  • Cili padi
  • Bawang goreng (optional)
  • Daun sup (optional)

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk sebelum ini. Tunggu hingga naik bau.
  2. Masukkan secawan air dan masukkan ayam serta sup bunjut.
  3. Apabila mendidih, masukkan separuh perencah sup siam adabi.
  4. Masukkan tomato jika mahu.
  5. Biarkan ayam masak lembut.
  6. Bila ayam dah masak, cuba rasa. Masukkan rasa secukup rasa.
  7. Boleh hiaskan dengan bawang Holand, daun sup dan bawang goreng.
  8. Nak pedas, boleh tambahkan cili padi ikut selera masing-masing.

Okay, itulah tiga (3) resepi sup ayam simple dan mudah yang dapat kami kongsikan kepada anda. Jadi selamat mencuba ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *